Monday, March 17, 2014

Indahnya Sebuah Kehidupan

Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba nak sentap....tetapi kehidupan adalah sangat indah ...dengan kehadiran wajah-wajah manis dan ceria......senyumlah ..... ianya amat manis sekali.



Wednesday, March 12, 2014

Pengorbanan

Aku SENYUM...!!!

Setiap insan secara langsung atau tidak langsung akan pernah berkorban...tidak kiralah berkorban kerana agama, bangsa atau negara.... atau kerana orang lain...

Pengorbanan sebenarnya tidak perlu di ungkit atau dihitung congak.... kerana di sebalik pengorbanan sepatutnya perlu disulami dengan keikhlasan... kerana pabila mengharapkan balasan... pengorbanan tersebut tidak boleh di hitung atau direkodkan...

Benarkah begitu.???.Sesungguhnya tidak perlu dinyatakan kepada dunia kerana seseorang yang ikhlas berkorban akan mendapat ganjaran yang tersendiri daripada penciptaNya....

Teruskan dengan pengorbanan .... ianya perlu tulus, ikhlas dan lahir daripada hati yang murni...dan jangan lupa menguntumkan senyuman apabila merasakan kita telah melakukan sesuatu pengorbanan...kerana ianya untuk kepuasan hati dan nurani kita jua..senyumlah ...!!!

Nukilan

Pemburu senja nan merah.