Monday, March 17, 2014

Indahnya Sebuah Kehidupan

Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba nak sentap....tetapi kehidupan adalah sangat indah ...dengan kehadiran wajah-wajah manis dan ceria......senyumlah ..... ianya amat manis sekali.



Wednesday, March 12, 2014

Pengorbanan

Aku SENYUM...!!!

Setiap insan secara langsung atau tidak langsung akan pernah berkorban...tidak kiralah berkorban kerana agama, bangsa atau negara.... atau kerana orang lain...

Pengorbanan sebenarnya tidak perlu di ungkit atau dihitung congak.... kerana di sebalik pengorbanan sepatutnya perlu disulami dengan keikhlasan... kerana pabila mengharapkan balasan... pengorbanan tersebut tidak boleh di hitung atau direkodkan...

Benarkah begitu.???.Sesungguhnya tidak perlu dinyatakan kepada dunia kerana seseorang yang ikhlas berkorban akan mendapat ganjaran yang tersendiri daripada penciptaNya....

Teruskan dengan pengorbanan .... ianya perlu tulus, ikhlas dan lahir daripada hati yang murni...dan jangan lupa menguntumkan senyuman apabila merasakan kita telah melakukan sesuatu pengorbanan...kerana ianya untuk kepuasan hati dan nurani kita jua..senyumlah ...!!!

Nukilan

Pemburu senja nan merah.

Friday, January 25, 2013

Karnival Tahun Baru Cina 2013 | KK


Mari ke Kota Kinabalu, Sabah


1. Karnival Tahun Baru Cina 2013 akan berlangsung pada 3 Februari hingga 6 Februari di Lintasan Deasoka dan Jalan Gaya.
2. Karnival ini adalah anjuran bersama dengan Pejabat ADUN N.15 Api-Api dan DBKK, dan penganjurannya telah masuk tahun ke-8 pada kali ini. Majlis Perasmian Karnival dijangka akan disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah pada 3 Februari 2013, pukul 8.00 malam.

3. Antara aktiviti menarik  yang  akan diadakan adalah acara memotong kek, acara menyalakan tanglung, persembahan paluan gendang 24 musim, tarian kebudayaan Cina, tarian singa khas serta pertunjukan bunga api akan dipersembahkan untuk hiburan penonton.

4. Pada hari kedua Karnival iaitu 4 Februari 2013, acara bersama warga emas dan kanak-kanak istimewa akan diadakan di Lintasan Deasoka yang akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Hj. Tussin, Isteri YAB. Ketua Menteri Sabah.
5. Bersempena dengan karnival ini, para penonton akan dihiburkan dengan persembahan pentas oleh sekolah-sekolah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan pertandingan nyanyian juga akan berlangsung.
6. Manakala pada hari terakhir karnival, iaitu 6 Februari 2013, Majlis Penutupan Karnival akan disempurnakan oleh YB. Datuk Dr. Yee Moh Chai, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat bersama dengan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Pada malam terakhir ini, acara kemuncak adalah pusingan akhir pertandingan nyanyian dan pertunjukan bunga api.
7. Di sepanjang karnival ini, lebih kurang sabah luv 600 gerai akan dibuka di Jalan Gaya mulai pukul 6 petang hingga 11 malam, menjual barangan tempatan, keperluan sambutan Tahun Baru Cina, makanan serta minuman dan sebagainya.
8. Bagi memberi laluan kepada acara ini, Jalan Gaya dan Jalan Bandaran akan ditutup bermula dari pukul 6 petang hingga 11 malam, manakala lot kereta di sepanjang Jalan Padang akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 11 malam. Sementara itu, kawasan tempat letak kereta di Lintasan Deasoka juga akan ditutup bermula dari 28 Januari 2013 hingga 8 Februari 2013 untuk persiapan acara.
Makanan
  • Nasi LEmak
  • Sayur kangkung
  • Ketam



Selamat mencuba......